Leeya terus menuju ke ruang dapur.. Kelihatan, lampu rice cooker masih bernyala.. Tudung rice cooker dibuka dan kelihatan nasi telah dimasak dengan baik sekali... Pandai juga aku masak nasi, detik hati Leeya.. Nak masak apa dulu yer? Telur ke sayur ke?, hati Leeya berbicara sendiri.. Akhirnya, sayur petola di ambil dan di siang dengan baik...
Masak apa tu Leeya?, tanya ibu yang baru sahaja tiba di dapur.. Masak petola goreng dengan telur je bu.. Ibu nak tolong?, tanya Leeya dengan manjanya.. Hurm.. boleh juga.. Meh sini bawang nya, biar ibu hiris ya.. Leeya hanya tersenyum bila di bantu oleh ibunya...
Setelah 30 minit berlalu, siaplah sudah telur dadar dan sayur petola berkuah sedikit bersama ikan pekasam goreng , makanan kegemaran Leeya Sarah anak jati Selangor itu..
Long, bangunlah... Sahur jom!!, jerit Leeya... 2 kali Leeya jeritkan abang longnya, baru lah abang long nya bangun dari tidur... Sesuap demi sesuap nasi masuk ke dalam rongga Leeya. Bertambah selera Leeya lebih lebih lagi ikan pekasam di depan matanya...
Sesudah makan, niat dibaca bersama sama ibu dan along. Dan kami terus menuju ke ruang hadapan untuk menunggu azan dilaungkan.. Tanpa disedari, Leeya terlena di ulit mimpi yang indah bersama buah hatinya, Saiful Lizam..
Allahuakbar Allahuakbar...... Azan berkemundang memecahkan suasana sunyi di rumah peninggalan arwah abah tercinta.. Leeya terjaga dan terus menyucikan diri lalu solat memohon kepada Allah agar perjalanannya hari ini dipermudahkan...
2 comments:
Salam ramadhan :)
salam ramadhan jua =)
Post a Comment